NAJIB bersalaman dengan Lee selepas sidang akhbar, semalam.
NAJIB bersalaman dengan Lee selepas sidang akhbar, semalam.
BERNAMA

Singapura: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengulangi komitmen kedua-dua negara dalam memastikan kejayaan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) menghubungkan republik itu dan Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia di sini, kedua-dua pemimpin bagaimanapun berkata, sasaran awal projek itu dijadual siap pada 2020 perlu dinilai semula berdasarkan skala dan kompleksnya projek itu.

HSR yang pertama seumpamanya di rantau ini dan mendapat banyak perhatian, dalam negara mahupun antarabangsa, dengan banyak negara menawarkan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi projek itu.

Kedua-dua pemimpin teruja perhatian komuniti antarabangsa untuk meneruskan projek ikonik pencetus perubahan itu, yang menambah baik rangkaian perhubungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura dan pada masa sama meningkatkan rangkaian perniagaan serta mengeratkan hubungan rakyat dengan rakyat.

Mengambil perhatian perkembangan projek itu berjalan lancar, kedua-dua pemimpin bersetuju dwikonfigurasi tempat bersama kastam, imigresen dan kuarantin, jalur frekuensi khusus untuk operasi HSR serta mengenal pasti depot dan kemudahan stabil di Malaysia.

Sementara itu, Lee mengumumkan perhentian terakhir HSR Singapura adalah di Jurong Timur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 10:26 AM