AHLI keluarga dipercayai keluarga angkat Muhammad Ammar Qhyfarel hadir di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
AHLI keluarga dipercayai keluarga angkat Muhammad Ammar Qhyfarel hadir di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah.
Oleh Omar Osman

Sungai Petani: Niat murni seorang ibu menyerahkan anak bongsu daripada empat beradik kepada sepasang suami isteri untuk dipelihara berakhir dengan tragedi apabila mangsa meninggal dunia selepas disyaki menjadi mangsa dera keluarga angkatnya, kelmarin.

Mangsa, Muhammad Ammar Qhyfarel Abdul Hafiz, 8 bulan, menghembuskan nafas terakhir jam 4.04 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar selepas dirujuk dari Hospital Jitra kerana mengalami sawan.

Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali sebagai Sahani, 30, berkata, ibu mangsa dan ahli keluarganya terkejut apabila dimaklumkan polis bahawa Muhammad Ammar meninggal dunia ketika dirawat di HSB.

Katanya, dia ke HSB untuk mengetahui kejadian sebenar menimpa anak saudaranya sebelum diberitahu mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera keluarga angkatnya.

“Patutlah sebelum ini mereka (keluarga angkat mangsa) memberi pelbagai alasan apabila saya dan ibu mentua meminta menghantar kembali Muhammad Ammar kepada kami selepas mengambilnya daripada jagaan ibu mentua saya pada awal April lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 9:38 AM