MAZINI  menawarkan perkhidmatan mengurut wanita dengan bayaran RM70 selain menjual produk berkaitan wanita bersalin.
MAZINI menawarkan perkhidmatan mengurut wanita dengan bayaran RM70 selain menjual produk berkaitan wanita bersalin.
Oleh Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Demi mendapatkan tuntutan nafkah tertunggak daripada bekas suami, seorang tukang urut tradisional sanggup turun naik mahkamah sejak 13 tahun lalu memperjuangkan haknya.

Biarpun bekas suaminya sudah dua kali dipenjarakan akibat ingkar membayar tuntutan nafkah seperti diputuskan mahkamah, ia bukan pengakhiran untuk Mazini Abdullah, 52, berhenti berjuang mendapatkan hak sepatutnya.

Katanya, sejak bercerai pada 2002, dia menempuh detik getir membesarkan seorang anak yang kini berusia 15 tahun selain mempunyai tiga anak hasil perkahwinan sebelum itu.

“Saya masih berjuang mendapatkan nafkah isteri dan mutaah dianggarkan RM15,000, namun usaha berkenaan perlu dijalankan secara berterusan dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berkuasa.

“Walaupun bekas suami sudah dua kali dipenjara, saya akan tetap meneruskan hasrat membuat tuntutan nafkah kepadanya.

“Kali pertama suami dipenjara sebulan pada 2012 kerana ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah dan pada 2010 dia dipenjara selama tiga hari atas kesalahan sama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak Kali Pertama di Institut Integriti dan Pengajian Strategik Terengganu (T-ISSI), Telaga Batin, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 5:25 AM