Kota Tinggi: Seorang lelaki ditemui mati tergantung di bilik belakang bangunan lama di Jalan Omar di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Superintendan Rahmat Othman berkata, pihaknya terima panggilan mengenai penemuan mayat lelaki itu pada jam 8.11 malam.

Menurutnya, anggota bertugas Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan dia menemui mayat tergantung itu jam 7.40 malam.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dan hasil siasatan yang dijalankan mengenal pasti lelaki itu berusia 47 tahun dari Kampung Lukut Cina.

“Mangsa yang tidak bekerja meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak berusia dua hingga 11 tahun,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tergantung itu dibawa turun dengan bantuan anggota bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 5:32 AM