TUNKU  Nadzimuddin  menyarungkan cincin perkahwinan di jari    Sarimah.
TUNKU Nadzimuddin menyarungkan cincin perkahwinan di jari Sarimah.
Oleh Ramlah Zainal

Kuala Lumpur: “Dia wanita bijak dan penyayang,” kata Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 43, mengenai isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim, 37.

Pasangan itu selamat diijabkabul dengan sekali lafaz dalam majlis ringkas di sebuah hotel di sini, jam 12.38 tengah hari, semalam.

Mereka dinikahkan jurunikah dari Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dengan disaksikan ibu bapa pengantin perempuan, Ibrahim Ahmad, 59, dan Elizabeth Hanlon serta keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Tunku Nadzimuddin yang mesra dengan panggilan Tunku Jamie ketika ditemui berkata, dia juga jatuh hati dengan Sarimah kerana mereka memiliki banyak persamaan.

Tunku Jamie cucu kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 10:29 AM