Klang: “Kami bernasib baik kerana saya belum tidur lagi ketika itu, jika tidak pasti kami semua tenggelam bersama kapal,” kata Ma Xin Jie, 25, menceritakan detik cemas selepas kapal penyedut pasir yang dinaikinya bersama sembilan rakan lain karam di perairan Selangor, malam kelmarin.

Kejadian jam 12.30 tengah malam itu hampir meragut nyawa 10 kru kapal warga China itu yang mengalami kebocoran teruk di bahagian enjin hingga menyebabkan air masuk sebelum karam.

Xin Jie berkata, ketika itu rakannya yang lain sedang tidur dan dia berehat sebelum terlihat air masuk ke kapal menerusi bahagian enjin.

Katanya, dia kemudiannya meninggalkan pesanan suara menerusi aplikasi sosial WeChat kepada pemilik kapal sebelum pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Klang tiba memberi bantuan.

“Saya mula menyedari kapal hampir tenggelam apabila ternampak air memasuki bahagian enjin sehingga menyebabkan berlakunya litar pintas.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 5:26 AM