AHMAD memalu gong merasmikan Pesta Orkid dan Flora 2015.
AHMAD memalu gong merasmikan Pesta Orkid dan Flora 2015.
Oleh Ismail Muhamad

Kota Bharu: “Tidak ada sebab bagi peniaga pasar tani mahu menaikkan harga barang kerana pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tiada kaitan langsung dengan barangan yang dijual mereka,” kata Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ahmad Ishak.

Beliau berkata demikian mengingatkan 25,000 peniaga yang beroperasi di 580 pasar tani FAMA di seluruh negara diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang disebabkan GST.

Mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan, malah pemantauan sentiasa dibuat FAMA menerusi urus setia khas yang melakukan tinjauan harga.

“Jika terbukti berlaku kenaikan harga, tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga yang berbuat demikian. Dalam hal ini, pengguna boleh buat aduan secara terus sekiranya mendapati ada peniaga mengenakan harga di luar kawalan ditetapkan.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana harga yang dikenakan selepas pelaksanaan GST mungkin lebih rendah berbanding harga sebelumnya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Orkid dan Flora 2015 di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong, di sini, malam kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 5:23 AM