INDUK betina baka Pakhoi Vietnam yang berharga RM2,300.
INDUK betina baka Pakhoi Vietnam yang berharga RM2,300.
ANAK ayam laga yang diternak dan akan dijual kepada pelanggan.
ANAK ayam laga yang diternak dan akan dijual kepada pelanggan.
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Pandangan sinis segelintir pihak mengaitkan ayam baka baik atau lebih dikenali sebagai ayam laga dengan kegiatan tidak sihat termasuk perjudian membuatkan segelintir masyarakat di negara ini memandang serong kepada individu yang menternak spesies unggas unik itu.

Bagaimanapun, spesies ayam laga itu kini tidak lagi digunakan sebagai medium pertaruhan tetapi menjadi haiwan peliharaan yang mempunyai nilai tinggi setanding kucing, ikan hiasan dan haiwan eksotik lain.

Md Fairuz Al-Syafiq, 29, dari Kampung Sekati, Manir, di sini, berkata, dia memperolehi pendapatan bersih RM5,000 sebulan hasil menternak dan menjual ayam laga dari pelbagai baka termasuk Ganu, Pama, Saigon dan Pakhoi.

“Peminat ayam laga bagi tujuan pertandingan cantik semakin meningkat menyebabkan ayam yang dibiak tidak mencukupi malah telur juga terpaksa dijual untuk memenuhi permintaan pelanggan dari seluruh negeri.

“Seekor ayam jantan berusia lima bulan boleh dijual dengan harga RM1,200 manakala ayam jantan yang sudah mencapai usia matang iaitu setahun boleh mencecah harga RM2,100 seekor bergantung kepada baka ayam selain corak balung dan warna bulu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:46 AM