SEMUA pendatang tanpa izin  yang ditahan dalam operasi dibawa ke pusat tahanan imigresen di Bukit Jalil.
SEMUA pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi dibawa ke pusat tahanan imigresen di Bukit Jalil.
Oleh Mohd Rizal Abdullah

Kuala Lumpur: Berdiri tegak di belakang dapur dalam keadaan rambut berjurai bagaikan puntianak. Itu gelagat seorang wanita warga asing yang bersembunyi bagi mengelak diberkas pihak berkuasa.

Tindakan wanita itu bagaimanapun mengejutkan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya yang melakukan operasi Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Kondominium Desa Tun Razak di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi jam 1 pagi itu, 316 warga asing diperiksa dan 64 daripada mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan serta tamat tempoh.

Operasi khas itu disertai 115 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di lokasi yang menjadi tumpuan warga asing menyewa kediaman.

Malah ketika operasi dilakukan, ada warga asing berpura-pura pengsan malah menyorok di sebalik pintu dan dapur mengelak ditangkap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 10:08 AM