Kuala Lumpur: Saranan Kementerian Kesihatan untuk tidak melakukan lawatan ke ladang unta sudah dilaksanakan oleh ejen pelancongan tempatan yang menawarkan pakej umrah sejak tahun lalu.
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Hamzah Rahmat berkata, pihaknya akur dengan nasihat berkenaan bagi mengelakkan jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) ke atas jemaah yang dibawa.
“Kebiasaannya ejen pelancongan hanya lalu dan tidak berhenti di ladang unta, namun jika jemaah ingin melihat ladang berkenaan mereka hanya boleh melakukannya dari dalam bas sahaja.
Kebiasaannya kenderaan akan dihentikan dalam kira-kira setengah jam berhampiran dengan ladang unta,” katanya. -BERNAMA