SULTAN Ibrahim menyerahkan cek bernilai RM1 juta kepada Abdul Jalil untuk Tabung Bencana NSTP-Media Prima di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
SULTAN Ibrahim menyerahkan cek bernilai RM1 juta kepada Abdul Jalil untuk Tabung Bencana NSTP-Media Prima di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyumbangkan RM1 juta kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu negeri terjejas banjir, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim menyerahkan cek sumbangan berkenaan kepada Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid di Istana Bukit Serene, di sini, semalam.

Hadir sama menyaksikan penyerahan sumbangan berkenaan adalah Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) Azlan Abdul Aziz serta Pengurus Acara dan Hubungan Kerajaan Kumpulan MPB Norida Sabri.

Tabung Bencana NSTP-Media Prima ditubuhkan pada 1 Oktober 2009 bagi membantu masyarakat di rantau ini yang terjejas kesan daripada bencana alam dan krisis.

Program bantuan pertama hasil tabung itu adalah membabitkan masyarakat di Padang dan Sumatera, Indonesia serta beberapa negara sekitar Asia Tenggara yang terbabit dalam bencana gempa bumi.

Di Georgetown, syarikat global yang membangunkan dan mengeluarkan produk perisian, National Instruments Penang menyerahkan sumbangan RM7,188 bagi kegunaan mangsa banjir.

Pegawai Komunikasinya Manjeeta Kaur berkata, sumbangan berkenaan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan yang dikumpul daripada 450 pekerja.

“Sebelum ini kami banyak menjalankan aktiviti pengindahan alam sekitar termasuk penanaman pokok bakau, justeru kali ini kami mahu membantu masyarakat pula,” katanya ditemui selepas menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Muslim Care Malaysia melalui wakilnya, Ahmad Safuan Ujar di Batu Maung, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 7:26 AM