Putrajaya: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan melaksanakan kerja baik pulih laluan berlumut di Presint 11 di sini dengan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini kepada penduduk sekitar.

Naib Presiden Kejuruteraan dan Penyelenggaraan PPj, Razali Jarmin berkata, pihaknya boleh membaiki laluan pejalan kaki yang rosak disebabkan akar pokok berhampiran.

“Bagaimanapun, berkaitan masalah lumut di kawasan itu ia bukan di bawah bidang kuasa kita, sebaliknya dibawah tanggungjawab Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA),” katanya.

Sementara itu, jurucakap PPSPPA berkata, pihaknya memandang serius terhadap perkara berkenaan dan akan mengambil tindakan lanjut terhadap aduan berkenaan.

“Kita akan membuat semakan terhadap jadual pembersihan di laluan itu untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Kerja pencucian (lumut) mempunyai tarikh tertentu dan kita melakukannya setiap sebulan sekali,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 7:01 AM