Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan sesi persekolahan di sekolah kelolaannya bermula seperti takwim asal.

Berikutan itu sesi prasekolah, Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Intergrasi (SRAI), Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi, KAFA Menengah dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) akan memulakan sesi persekolahan pada 5 Januari ini.

Timbalan Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad berkata, bagaimanapun jabatan itu masih lagi menunggu keputusan daripada kerajaan negeri berhubung sesi persekolahan baru itu untuk sebarang pindaan.

Katanya, JAIS akan tetap memulakan sesi persekolahan 2015 seperti dijadualkan pada 5 Januari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 6:34 AM