Kuala Lumpur: Seramai enam penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkul empat pingat emas, tiga perak dan empat anugerah khas di Pameran Reka Cipta Antarabangsa Kaohsiung (KIE 2014) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kaohsiung, Taiwan (ICCK) pada 19 hingga 21 Disember lalu.

Pameran julung kali anjuran Persatuan Reka Cipta Harta Intelek Dunia itu menyaksikan produk inovasi Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Alam Sekitar Dr Norazian Mohamed Noor, dinobatkan penerima pingat emas dan anugerah utama KIE 2014 iaitu Anugerah Teknologi Hijau menerusi inovasinya APPC: Statistical Software for Predicting Air Pollutant.

Pelajar tahun akhir PPK Alam Sekitar Mohammed Aeizzat Mohammed Kassim turut memenangi pingat emas dan anugerah khas Forum Rangkaian Harta Intelek Antarabangsa melalui inovasinya Bubble Aggregates.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 7:57 AM