Kuala Lumpur: Seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa mati selepas terjun dari kediamannya di tingkat 17 Flat Laman Rimbunan, Kepong, di sini, semalam.

Menurut sumber, kejadian berlaku jam 1.45 petang dan mangsa yang berusia 42 tahun dikatakan mengalami tekanan perasaan sejak beberapa bulan lalu.

Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini beberapa kali cuba membunuh diri, namun semasa kejadian (semalam) tiada sesiapa yang melihat mangsa terjun.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan mengenai kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 5:23 AM