Kota Bharu: “Kami bersyukur dapat melihat arwah buat kali terakhir,” kata Hazimah Jusoh, 65, selepas ketibaan jenazah anaknya Koperal Azman Che Soh, 34, yang meninggal dunia akibat sakit jantung di Lubnan, Sabtu lalu.

Hazimah berkata, jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Besar Kampung Tegayong, Melor, jam 9 malam tadi (semalam ).

Katanya, malam kelmarin dia dan keluarga sempat melihat gambar anaknya itu dikafankan di Lubnan menerusi aplikasi whatssap.

“Walaupun sedih kerana kehilangan anak, saya lega dan bersyukur kerana dapat mencium arwah buat kali terakhir.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit membawa pulang arwah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 7:28 AM