PENDUDUK dari  Kampung Binjai mengangkut barang keperluan untuk berpindah   ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Chendering.
PENDUDUK dari Kampung Binjai mengangkut barang keperluan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Chendering.
Oleh Helmy Abd Rahman dan Zaid Salim

Kuala Terengganu: Hujan berterusan di bandar raya ini sejak malam kelmarin, menyebabkan 20 daripada lima keluarga dari Kampung Chendering, di sini ditempatkan di pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air, semalam.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri dalam satu kenyataan, semalam memaklumkan, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Chendering di sini dibuka bagi menempatkan semua mangsa, jam 4.30 petang.

“Seramai lapan orang lagi daripada satu keluarga, berpindah ke rumah keluarga terdekat di Kampung Pak Tuyu (di sini),” kata kenyataan itu.

Setakat jam 8 malam semalam, hanya satu pusat pemindahan dibuka di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Ismail Ahmad berkata, kejadian banjir dalam kawasan universiti berkenaan berlaku setiap kali musim tengkujuh melanda negeri ini.

“Apa yang kami alami ini hanyalah banjir kilat membabitkan blok asrama pelajar lelaki dan perempuan. Keadaan ini tidak mengganggu sebarang aktiviti pelajar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:11 AM