ANWAR diiringi  Wan Azizah keluar dari mahkamah.
ANWAR diiringi Wan Azizah keluar dari mahkamah.
Hayati Ibrahim dan Muhammad Saufi Hassan

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan akan menetapkan tarikh sesuai bagi memberi keputusan terhadap rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata demikian selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak di Istana Kehakiman di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti hujahan dan nas perundangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum membuat keputusan terhadap rayuan Anwar, 67, yang memohon dibebaskan daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27.

Oleh itu keputusan akan diberikan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Prosiding kes itu didengar di hadapan panel lima hakim termasuk Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar diwakili peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan serta 13 peguam lain iaitu R Sivarasa, N Surendran, Ramkarpal Singh, Sangeet Deo Kaur, J Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Pendakwaan diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:13 AM