ZULKERNAI (tengah) melihat  pelajar SBJK mengulang kaji pelajaran bagi persiapan menghadapi SPM.
ZULKERNAI (tengah) melihat pelajar SBJK mengulang kaji pelajaran bagi persiapan menghadapi SPM.
Oleh Nur Lela Zulkipli


Jika kebiasaannya guru di sekolah menekankan elemen memahami bagi menguasai sesuatu subjek, berlainan pula di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang menggunakan teknik hafalan terhadap pelajarnya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu depan.

Ini kerana rata-rata pelajar SBJK yang terdiri daripada golongan terpinggir iaitu kanak-kanak dan remaja jalanan tidak mempunyai banyak masa untuk memahami sepenuhnya subjek yang diambil dalam masa singkat disebabkan tidak menerima pendidikan sempurna sejak kecil.

Setiausaha Peperiksaan SBJK Irnawati Chanmekun, 33, menggalas tanggungjawab bagi memastikan semua lapan pelajar SBJK yang bakal menduduki SPM tahun ini mendapat akses pendidikan sewajarnya terhadap enam subjek teras yang diambil.

“Agak sukar untuk mengajar pelajar menggunakan cara biasa kerana mereka tidak memahami asas yang sepatutnya mereka pelajari pada usia 13 tahun.

“Jadi, dengan kaedah pengulangan setiap hari mampu membuatkan mereka lebih ingat untuk jangka masa yang panjang dan bukannya mengajar mengikut silibus seperti sekolah biasa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Perkara itu turut diakui pelajar yang ingin dikenali sebagai Safwanah, 18, yang semakin baik pencapaiannya dalam subjek seperti Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) hanya dengan menggunakan teknik hafalan sejak awal tahun ini.

“Saya lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan SPM kerana teknik menghafal berkesan ke atas saya kerana guru yang mengajar menjadikannya lebih menarik seterusnya mudah diingati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:11 AM