ORANG ramai melihat kemalangan  kereta Proton Gen 2 merempuh   kereta Produa Viva yang mencederakan dua mangsa.
ORANG ramai melihat kemalangan kereta Proton Gen 2 merempuh kereta Produa Viva yang mencederakan dua mangsa.
Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Marang: Seorang pesara Jabatan Kimia kini bertarung nyawa selepas dihempap kereta Perodua Viva miliknya dalam kejadian di Kampung Pulau Kerengga, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, mangsa Musa Ngah, 55, dan tiga rakannya ketika itu berbual di bangku pekarangan masjid kampung berkenaan sebelum kereta Proton Gen 2 dipandu lelaki berusia 41 tahun dari arah Kuala Terengganu menuju ke Dungun terbabas lalu merempuh kereta Perodua Viva diparkir di situ.

Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta Perodua Viva itu tercampak dan merempuh Musa serta tiga rakannya yang berada di situ.

Anak mangsa, Nor Sulia Hasanah, 30, berkata, bapanya dihempap kereta Perodua Viva itu dan bilal masjid, Ibrahim Muda, 55, tercampak akibat dirempuh kenderaan sama, manakala dua rakan lain hanya cedera ringan kerana sempat melarikan diri.

Menurutnya, bilal masjid berkenaan parah di bahagian dalaman badan, manakala bapanya parah di kepala serta beberapa bahagian badan itu dikeluarkan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:03 AM