Mempunyai warna kelabu yang serat menjadikan British Short Hair unik.
Mempunyai warna kelabu yang serat menjadikan British Short Hair unik.
Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my


"SAYA suka sebab sifatnya yang berlagak!," jelas pemilik sepasang kucing baka British Short Hair kepada penulis ketika ditanya mengapa dia gemarkan si bulus itu.

Membeli si jantan pada awal 2019 yang diberikan nama Mojo dan betina pada penghujung tahun yang sama pula diberikan nama Kuntum.

Bagi Johan Latif, baka kucing itu yang mempunyai warna kelabu yang sekata dan rupa yang comel membuatkan dia tertarik untuk memilikinya.

Johan berkata, membela kucing British Short Hair bukan sesuatu yang mudah kerana sebagai pemilik dia perlu sentiasa peka dengan tahap kesihatan si comelnya.

"British Short Hair yang dimiliki saya ini mudah mendapat jangkitan kuman te

rutama di bahagian telinga. Jadi, membersihkan telinga sudah menjadi rutin seminggu sekali.

KUNTUM dibeli Johan untuk menemani Mojo.
KUNTUM dibeli Johan untuk menemani Mojo.

"Selain itu, saya sentiasa perlu memperuntukkan wang kecemasan sekurang-kurangnya RM100 sebulan kerana kemungkinan Mojo dan Kuntum perlu dihantar ke klinik haiwan tetap ada serta kosnya juga tidak murah," katanya.

Bagi Johan, meskipun perlu berbelanja dari segi memberi makanan terbaik dan memastikan mendapat rawatan serta penjagaan terbaik tetapi rasa puas menjaga pasangan kucing itu.

"Kalau saya pulang dari kerja terutama dalam keadaan penat, apabila melihat Mojo dan Kuntum, hilang rasa penat.

"Selain itu, walaupun Mojo dan Kuntum ini mempunyai mood tersendiri untuk bermanja tetapi itulah yang dirasakan comel di mata saya," katanya.

Johan berkata, sejak membela pasangan British Short Hair itu, dia juga sudah mendapat 'cucu' apabila Kuntum melahirkan lima ekor anak pada tahun ini.

"British Short Hair ini, jika beranak kita perlu pastikan tahap kesihatannya dalam keadaan baik kerana boleh berlaku bengkak susu.

ANAK-anak Kuntum dan Mojo.
ANAK-anak Kuntum dan Mojo.

"Jadi, perkara itu berlaku kepada Kuntum yang memerlukan saya menuam putingnya supaya dia dapat memberi susu kepada lima anaknya," katanya.

Namun, disebabkan menjaga kualiti kucing kesayangannya, Johan menjual semua anak Kuntum bagi me

mbolehkan dia memberi fokus kepada pasangan itu sahaja.

Johan berkata, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia mula belajar untuk merapikan kedua-dua kucingnya sendiri.

"Sebelum ini, saya akan hantar Mojo dan Kuntum ke pusat perapian kucing tetapi sejak PKP ini khidmat itu sukar untuk diperoleh.

"Jadi, saya mula belajar menerusi Youtube dari segi memandikan, membersihkan telinga dan memotong kuku mereka. Agak mencabar juga kerana British Short Hair ini lepas mandi bulunya perlu dikeringkan sepenuhnya menggunakan alat pengering rambut yang mempunyai fungsi pengeringan sejuk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 6:15 AM