SISTEM bunyi, HomePod Generasi Kedua menawarkan bunyi akustik serta kedalaman bass dengan set tweeter terbina.
SISTEM bunyi, HomePod Generasi Kedua menawarkan bunyi akustik serta kedalaman bass dengan set tweeter terbina.
Muhammad Saufi Hassan


MEMPUNYAI sistem audio yang tersendiri untuk set televisyen (TV) di rumah pastinya akan memberi nilai tambah dalam pengalaman penggunaan khususnya membabitkan kandungan penstriman.

Kewujudan pelbagai platform penstriman video pada hari ini sudah merubah landskap penggunaan kepada set audio teater di rumah.

Pengguna yang berada di rumah boleh menikmati kualiti audio yang sama dengan set audio di panggung wayang jika pemilihan sistem berkenaan adalah tepat.

Pada masa sama, kefungsian rumah pintar berteraskan set audio ini juga menjadi semakin popular apabila ketersambungan peranti pintar dengan sistem rumah pintar boleh diseragamkan serta disatukan hanya menggunakan satu peranti.

Untuk itu, penulis mencadangkan pengguna memilih sistem audio terbaharu keluaran Apple iaitu HomePod Generasi Kedua serta HomePod mini yang boleh dikuasakan dengan Apple TV 4K untuk kegunaan di rumah.

Mungkin ada dalam kalangan pengguna yang mempunyai persoalan bahawa keupayaan HomePod dengan audio lain, jawapannya mudah iaitu audio HomePod ini adalah hasil komputasi audio lanjutan dengan teras akustik yang dinamik.

Menerusi pengenalan sistem audio pintar berkenaan, pengguna dapat menikmati kualiti bunyi yang tiada tandingan, sekali gus memberikan pengalaman baharu dalam bunyi audio atau kandungan penstriman lain.

PERKAKAS ini juga menyokong sistem rumah pintar dengan kefungsian Siri.
PERKAKAS ini juga menyokong sistem rumah pintar dengan kefungsian Siri.

Pengenalan HomePod Generasi Kedua dan HomePod mini berkenaan memberi definisi baharu dalam keupayaan audio di rumah dengan komputasi audio lanjutan.

Pengguna HomePod dan HomePod mini boleh mendengar katalog lebih 100 juta lagu dengan Apple Music, menikmati audio yang memenuhi bilik dengan satu pembesar suara, dalam pasangan stereo dan menggunakan audio berbilang bilik atau cipta pengalaman teater rumah yang menawan dengan Apple TV 4K.

Lebih menarik adalah pengguna boleh melakukan padanan 'Stereo Pair' untuk dua unit HomePod, sekali gus menghasilkan bunyi lebih dinamik dan pengalaman penggunaan yang tiada taranya.

Menerusi pengalaman penulis, penstriman video menerusi seleksi Apple TV dapat memberikan nilai tambah dalam penstriman kandungan secara menyeluruh.

Penulis dapat mendengar bunyi kedalaman bass dan dinamik bunyi stereo dengan lebih jelas dan padat.

PENGGUNA boleh melakukan penyeragaman dua set HomePod untul menjadikan stereo.
PENGGUNA boleh melakukan penyeragaman dua set HomePod untul menjadikan stereo.

Pengguna juga boleh menukar set Apple TV Bersama HomePod ini menjadi karaoke keluarga dengan mod 'sing along', sekali gus ia tidak sekadar set audio konvensional yang lain.

Padat dengan inovasi dan kecerdasan Siri, kedua-dua pembesar suara menyediakan cara yang mudah untuk mengurus tugas harian dan mengawal rumah pintar.

Pengguna boleh membuat automasi rumah pintar menggunakan Siri, mendapatkan pemberitahuan apabila penggera asap atau karbon monoksida dikesan di rumah mereka, menyemak suhu dan kelembapan dalam bilik dan menggunakan Interkom untuk menghantar pengumuman ke seluruh rumah secara 'handsfree'.

HomePod menyampaikan kualiti audio yang padat serta jelas, dengan kedalaman bass dan frekuensi tinggi yang menakjubkan, termasuk sokongan untuk trek Audio Reruang (Audio Spatial) yang mengasyikkan.

Menerusi rekaan khas, 'woofer' berkenaan dilengkapi dengan diafragma 20 milimeter (mm) bersama mikrofon bass-EQ terbina termasuk susunan lima 'tweeter' yang membentuk pancara di sekeliling.

Kaedah itu meningkatkan pengalaman akustik selain digabungkan bersama cip S7 dan teknologi penderiaan sistem untuk menawarkan audio yang lebih maju.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2024 @ 6:30 AM