LENOVO LOQ menawarkan spesifikasi terkini dengan tanda harga mampu milik.
LENOVO LOQ menawarkan spesifikasi terkini dengan tanda harga mampu milik.
LENOVO LOQ menawarkan spesifikasi terkini dengan tanda harga mampu milik.
LENOVO LOQ menawarkan spesifikasi terkini dengan tanda harga mampu milik.
Muhammad Saufi Hassan


Menyentuh aspek laptop produktiviti tinggi dan kelas permainan, pastinya keupayaan cip pemproses, keupayaan unit pemproses grafik (GPU) serta mobiliti sesebuah perkakas itu menjadi pertimbangan kepada pengguna.

Selain itu semua, faktor yang banyak mendorong pengguna membeli sesebuah perkakas atau laptop adalah tanda harga yang tidak terlalu kayangan jika dibandingkan dengan spesifikasi ditawarkan.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan kepada pengguna laptop keluaran Lenovo daripada generasi Lenovo LOQ yang didatangkan dua variasi cip pemproses iaitu AMD Ryzen dan Intel Core.

Bagaimanapun, penulis lebih cenderung untuk memilih Lenovo LOQ dengan kod '3MMJ' yang menggunakan cip pemproses Intel Core i7-13650HX yang dipadankan bersama memori (RAM) 16GB DDR5 sekali gus memberikan kuasa prestasi lebih baik.

Bagi tetapan GPU pula, model ini didatangkan dengan Nvidia RTX 4060 dengan kapasiti video memori (VRAM) 8GB serta panel skrin paparan IPS bersama ukuran 15.6 inci definisi penuh (FHD).

Sebenarnya, generasi Lenovo LOQ ini pernah dinobatkan sebagai laptop kelas permainan paling mampu milik pada tahun lalu dan kini, meneruskan generasi baharunya dengan penawaran harga yang lebih kompetatif.

Binaan laptop ini yang kukuh dan elegan, papan kekunci penuh yang disusun dengan baik termasuk kekunci anak panah diletakkan pada kepulauan berbeza memberikan keselesaan kepada pengguna.

Sesuai dengan laptop kelas permainan, ia dilengkapi dengan papan kekunci RGB dan pengguna juga boleh melakukan talaan prestasi menerusi Lenovo Vantage iaitu satu perisian yang direka khusus untuk memudahkan pengguna melakukan pengubahsuaian prestasi.

PERKAKAS ini dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i7-13650HX bersama padanan GPU RTX 4060.
PERKAKAS ini dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i7-13650HX bersama padanan GPU RTX 4060.

Menyentuh soal prestasi ketika permainan, penulis melakukan ujian terhadap permainan Helldivers 2 dengan penetapan grafik pada mod ultra, bacaan kadar segar semula (FPS) yang direkodkan adalah stabil antara 85 hingga 95 FPS.

Bagi Forza Horizon 5 pula, bacaan FPS adalah sekitar 75 hingga 85 FPS dengan stabil tanpa berlakunya penurunan prestasi yang ketara.

Ujian juga dilaksanakan menerusi penyuntingan video dan suntingan gambar resolusi tinggi, Lenovo LOQ (3MMJ) ini tidak menghadapi sebarang masalah untuk melakukan sintesis video.

Penulis melaksanakan video secara empat lapis dengan setiap lapisan adalah resolusi 4K berdurasi 15 minit.

Bagi memberi tekanan kepada perkakas ini, beberapa penetapan grafik dilakukan dan laptop ini tidak mempunyai masalah, malah tugas penyuntingan video 4K durasi 15 minit itu boleh disiapkan kurang 10 minit saja.

Secara keseluruhannya, Lenovo LOQ ini memberikan definisi baharu kepada laptop permainan mampu milik kerana Lenovo bijak melakukan padanan spesifikasi yang baik, binaan kukuh serta tahan persis laptop kelas tinggi yang lain.

Pengalaman permainan juga begitu mengagumkan dan laptop ini tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan penugasan berkenaan termasuk tugasan kompleks yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2024 @ 6:17 AM