Penyepaduan teknologi dalam penyampaian penjagaan kesihatan di seluruh dunia semakin berkembang pesat dan banyak inovasi perisian serta perkakasan termaju dicipta.
Ketika Malaysia kembali kepada norma baharu, teknologi kesihatan digital membolehkan penyedia penjagaan kesihatan menggunakan peluang ini untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh orang ramai.
Teknologi kesihatan digital turut menyediakan platform dan peranti kepada pesakit bagi memudahkan mereka mengawasi kesihatan sendiri serta menjadi pusat sehenti bagi individu mengakses sumber serta perkhidmatan bagi kesihatan fizikal dan mental.
Bukan itu saja, perkhidmatan telefarmasi membolehkan ahli farmasi membantu pesakit membuat pesanan ubat secara dalam serta memberi nasihat kepada pesakit secara maya melalui peranti mudah alih.
Kecanggihan teknologi juga mewujudkan telerundingan, yang juga dikenali sebagai teleperubatan atau telekesihatan, iaitu penyediaan perkhidmatan klinikal jarak jauh, melalui komunikasi dua hala dalam masa nyata antara pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan menggunakan kaedah audio serta visual elektronik.
Menerusinya, doktor boleh berkomunikasi dengan pesakit mengenai isu berkaitan kesihatan dan kesejahteraan mereka secara jarak jauh.
Secara tidak langsung, teleperubatan ini memberi akses yang lebih luas bagi rakyat Malaysia untuk mendapat perkhidmatan penjagaan kesihatan, tanpa mengira lokasi, dengan bayaran yang jauh lebih murah.
Menyedari kepentingan pemantauan digital jarak jauh, U Mobile menjalin kerjasama dengan DoctorOnCall dan Qualcomm menerusi program Sistem Integrasi KeHidupan Antara Teknologi (SIHAT) sejak Mac 2022.
Program yang disokong geran inisiatif Qualcomm Wireless Reach™️ ini, bertujuan menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses rakyat Malaysia melalui peranti wayarles dikuasakan Qualcomm yang dibolehkan rangkaian U Mobile untuk memberikan pengalaman pesakit yang positif dan lancar.
Naib Presiden Qualcomm Technologies, Inc dan Presiden Qualcomm di Taiwan, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand ST Liew, berkata program SIHAT ini selari dengan misi inisiatif Qualcomm®️ Wireless Reach™️ untuk membawa teknologi tanpa wayar maju kepada komuniti yang memerlukannya.
"Program ini adalah contoh baik yang memanfaatkan jalur lebar mudah alih untuk memperkasa perkakas point-of-care bagi memberi akses kepada maklumat, pengurangan kos, mempertingkatkan kecekapan operasi, dan membolehkan penjagaan jarak jauh, termasuk dalam persekitaran yang mencabar serta kekurangan sumber", katanya.
Program SIHAT ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan teknologi dalam memudahkan pengawasan dan pengurusan keadaan diabetes dan hipertensi.
Sejak pelancarannya, SIHAT sudah memanfaat 100 orang berusia 25 hingga 75 tahun daripada pelbagai lapisan masyarakat yang menghidapi diabetes dan hipertensi.
Menerusi SIHAT, panel pengamal perubatan bertauliah DoctorOnCall akan memberi khidmat rundingan atas talian dengan kerap kepada peserta mengenai cara menguruskan keadaan pesakit.
Selain itu, profesional penjagaan kesihatan dapat mengawasi status kesihatan pesakit menerusi aplikasi mudah alih ketika pesakit memuat naik dan berkongsi data yang didapati daripada pemeriksaan kesihatan yang rutin menggunakan monitor tekanan darah dan glukometer tanpa wayar.
Sepanjang program ini, doktor juga menyediakan rundingan kesihatan kepada peserta melalui telerundingan serta lawatan secara fizikal.
Dengan menggunakan aplikasi Health2Sync, doktor dapat mengesan perubahan hari-ke-hari dalam tekanan darah atau paras gula peserta.
Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian berkata U Mobile sentiasa akan memastikan para pelanggan mendapat akses kepada produk berkualiti serta pengalaman ketersambungan di Rangkaian 5G No.1 Malaysia.
U Mobile percaya ia akan dapat memberi impak yang positif ke atas kehidupan seharian orang Malaysia dengan memanfaatkan teknologi seperti 5G.
"Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Qualcomm dan DoctorOnCall untuk menggerakkan inisiatif SIHAT ini bagi memperoleh dapatan lebih lanjut tentang bagaimana teleperubatan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan akses yang lebih hebat kepada penjagaan kesihatan untuk semua rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, pakar diet DoctorOnCall dan penyelaras program SIHAT Nurul 'Aqilah Hasan Ashaari berkata pemantauan digital jarak jauh merevolusikan bagaimana ahli profesional penjagaan kesihatan menjaga pesakit dengan kencing manis dan hipertensi.
Katanya, dengan pemantauan masa nyata dan dapatan berpandukan data, program SIHAT ini memperkasakan penyedia penjagaan kesihatan dengan alat untuk memberi penjagaan yang lebih berkesan dan diperibadikan.
"Melalui program ini, profesional penjagaan kesihatan boleh memantau tanda vital pesakit masing-masing, pematuhan kepada perubatan dan faktor gaya hidup dari jauh, seterusnya memasuk campur (termasuk apabila mendepani pesakit), membuat keputusan termaklum dan menambah baik hasil untuk pesakit.
"DoctorOnCall komited untuk memajukan masa depan penjagaan kesihatan, mempertingkatkan kerjasama antara pesakit dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan serta mentransformasikan pengurusan penyakit kronik," katanya.