Oleh Muhammad Saufi Hassan


Bagi pengguna yang ingin memastikan peranti mereka berada dalam keadaan terbaik, salah satu kaedahnya adalah penggunaan pelindung peranti yang diperakui.

  Tidak semua pelindung peranti mampu untuk meningkatkan pengalaman mudahalih kerana ada pelindung yang mengganggu operasi peranti itu sendiri.

  Bagi peranti kelas premium seperti Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 yang memerlukan pelindung khusus untuk melindungi skrin paparan boleh lipat berkenaan.

  Peranti Galaxy Z Fold5 Slim S Pen Case menampilkan reka bentuk langsing yang menempatkan kedua-dua edisi Galaxy Z Fold5 dan S Pen Fold dengan mudah.     

  Selain daripada warna yang menarik perhatian, pelindung itu mengandungi bahan plastik kitar semula yang membantu pengguna melindungi telefon dan edisi S Pen Fold mereka sambil mengingati planet ini.

  Pengguna boleh mencatatkan nota dengan mudah, kaedahnya mengeluarkan S Pen dengan slot yang disediakan menerusi pelindung peranti berkenaan.

  Pengguna juga boleh memilih pelbagai variasi pelindung peranti khusus untuk Galaxy Z Fold5 dan Flip5 mengikut kesesuaian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2023 @ 2:35 PM