Muhammad Saufi Hassan

Perkakas permainan profesional, REDMAGIC memperkenalkan peranti pintar keluarannya kakty REDMAGIC 8S Pro yang dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2.

  Menerusi pengenalan berkenaan, REDMAGIC 8S Pro ini dilengkapi dengan binaan memori (RAM) LPDDR5X  16GB bersama storan sehingga 512GB.

  Peranti ini juga didatangkan dengan saiz skrin 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz bersama-sama tahap kecerahan melebihi 1,300 nits.

  Sesuai dengan peranti kelas permainan, ia didatangkan dengan kapasiti bateri 6,000mAh dengan pengecas 65W sambungan USB-C.

  Untuk memastikan peranti sentiasa dalam keadaan suhu optimum biarpun digunakan untuk permainan, peranti ini dilengkapi dengan naik taraf sistem penyejukan ICE 12.0.

  Tanda harga untuk REDMAGIC 8S Pro variasi 12GB serta storan 256 berharga RM3,699, untuk variasi 16GB + 512GB adalah RM4,499.

  Sempena pelancaran berkenaan, REDMAGIC menganjurkan kempen pra pelancaran bermula 5 hingga 14 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Ogos 2023 @ 4:10 PM