APPLE dijangka memperkenalkan iPhone 15 pada 12 September ini. FOTO Apple
APPLE dijangka memperkenalkan iPhone 15 pada 12 September ini. FOTO Apple
Muhammad Saufi Hassan


Pengeluar peranti pintar terkemuka, Apple dijangka memperkenalkan peranti paling ikonik mereka iaitu siri baharu iPhone 15 pada 12 September ini.

Semalam, Apple menghantar poster jemputan untuk satu majlis pengenalan peranti baharu dengan tema 'Wonderlust.'

  Seperti biasa, poster itu tidak memperincikan tentang majlis pengenalan berkenaan namun mengikut garis masa, bulan September adalah pengenalan kepada generasi baharu iPhone.

  Pastinya, penggemar peranti iPhone akan menantikan generasi baharu berkenaan dengan ciri baharu yang akan diperkenalkan.

  Khabar angin menyatakan bahawa iPhone generasi baharu ini akan dilengkapi dengan sokongan pengecas USB-C namun tidak dapat dipastikan jika sokongan Lightning dihentikan atau sebaliknya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Ogos 2023 @ 11:53 AM