PELANCARAN LG PuriCare. FOTO Hazreen Mohamad
PELANCARAN LG PuriCare. FOTO Hazreen Mohamad
Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Syarikat pengeluar elektronik, LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) memperkenalkan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare.

  Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare menerajui konsep baharu dalam teknologi penulenan air di mana reka bentuk dan warna sepadan sesuai untuk pilihan pengguna.

  Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi berkata, penulenan air tanpa tangki berkenaan memainkan peranan yang penting dalam ruang kediaman moden serta memberi manfaat kepada kesihatan keluarga.

  "Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare melambangkan komitmen LG untuk mentakrif semula keperluan harian. Kami telah menggabungkan teknologi penulenan air yang canggih dengan reka bentuk yang menawan untuk menghasilkan produk yang dapat melengkapkan keperluan setiap isi rumah.

  "Ia didatangkan dalam reka bentuk yang menawan, produk revolusi ini menyalurkan air yang ditulenkan terus daripada sumber air untuk menghasilkan air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikoorganisma.  

  "Dengan Sistem Penapis Puri empat peringkat, penulen air ini dapat menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99 peratus norovirus dan pelbagai bahan pencemar berbahaya," katanya.

  Perkakas ini didatangkan dengan beberapa pilihan warna Calming Cream White, Calming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink, dan Calming Cream Sky.

  Tanda harga untuk perkakas ini bermula pada RM4,000 dengan lawatan perkhidmatan servis dua tahun manakala untuk mod sewa bulanan bermula RM60 sebulan mengikut pilihan sewaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 4:06 PM