Jenama perkomputeran terkemuka, Dell Technologies memperkenalkan desktop kelas permainan baharu mereka daripada generasi Alienware Aurora yang dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i7.
Desktop kelas permainan itu turut dikuasakan dengan Unit Pemproses Grafik (GPU) daripada Nvida GeForce RTX4070 sekali gus memberikan kuasa lebih baik termasuk pengalaman permainan dengan penetapan kesan grafik tertinggi.
Menerusi generasi baharu Alienware Aurora R16 ini, desktop berkenaan mengalami menambahbaikan sama ada daripada sudut prestasi termasuk pengaliran udara khusus untuk penggunaan jangka panjang.
Desktop ini didatangkan dengan pengaliran udara maksimum iaitu 20 peratus lebih senyap bersama penurunan 10 peratus suhu CPU manakala untuk GPU merekodkan penurunan suhu enam peratus.
Jika dibandingkan dengan Alienware Aurora R15, iaitu generasi terdahulu, Aurora R16 ini mengalami meningkatan kuasa prestasi bersama rekaan yang lebih dinamik.
Rekaan Aurora R16 ini juga mencapai dua objektif utama iaitu mewujudkan pengaliran udara lebih efisien serta meningkatkan prestasi berbanding generasi terdahulu.
Apabila melihat Aurora R16, perkara pertama yang pengguna akan perhatikan ialah gelung lampu bujur yang juga dikenali sebagai gelung Stadium.
Ia dipaparkan di sebelah kiri kerangka dalah pusat visual; tarikan utama desktop yang direka untuk menarik perhatian.
Gelung Stadium mengesan perimeter lubang udara utama. Bolong serta menyediakan pengambilan udara yang lebih besar daripada generasi sebelumnya, membolehkan aliran udara yang lebih cekap, manakala lampu gelung Stadium memberi penghormatan kepada warisan Alienware Legend.
Desktop ini turut menggunakan keupayaan memori (RAM) 16GB bersama-sama storan 512GBSSD dan 1TB SSD manakala sistem operasi adalah Windows 11 Home.
#kw Alienware Aurora, Intel Core
Tamat