PENGGUNAAN mod kamera yang sesuai untuk merakam momen indah seperti menampilkan subjek utama dalam grid kamera.
PENGGUNAAN mod kamera yang sesuai untuk merakam momen indah seperti menampilkan subjek utama dalam grid kamera.
Muhammad Saufi Hassan

 

MENJELANG sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan dirayakan tidak lama lagi, pastinya setiap daripada pengguna mahu merakam saat-saat indah bersama keluarga serta rakan-rakan.

  Ia sekali gus menjadikan peranti pintar adalah 'kawan baik' untuk merakam sebarang momen indah dan sesebuah peranti berkenaan mestilah berkeupayaan untuk mengambil gambar dalam sebarang situasi khususnya ketika pencahayaan kurang.

  Untuk itu, peranti keluaran Apple iaitu generasi iPhone 14 adalah jawapannya untuk menyelesaikan masalah rakaman gambar pencahayaan kurang atau 'low light capture' ini.

  Walaupun mungkin pengguna memiliki variasi iPhone 14 Pro Max sekali pun, namun ia perlulah menggunakan teknik yang tepat serta mod kamera yang bersesuaian dengan subjek atau keadaan semasa.

  #ITMetro pada minggu ini menemubual tiga jurufoto terkemuka iaitu Zarnizar, Umar Naqshbandi dan Annice Lyn untuk berkongsi beberapa tips penting khususnya bagi teknik rakaman gambar yang tepat.

  Bagi Zarnizar, asas utama untuk merakam gambar yang berkualiti serta baik adalah menghidupkan kefungsian grid kamera pada peranti supaya membolehkan pengguna mendapatkan bacaan ruang serta subjek dengan mudah.

  "Gunakan mod kamera yang tepat dengan situasi tertentu contohnya mod Potrait digunakan untuk merakam gambar individu bersama baju melayu atau pakaian tradisional manakalan untuk mod malam, sesuai untuk keadaan pencahayaan kurang.

  "Untuk memberikan rakaman gambar yang baik, perkara asas adalah mencari suasana atau persekitaran yang memberikan pencahayaan yang baik.

  "Manfaatkan teknik 'Rule of Thirds' untuk memberikan gambar yang lebih seimbang dan mempunyai nilai tersendiri," katanya.

PENGGUNA perlu bermain dengan pencahayaan untuk menghasilkan satu gambar yang berkualiti.
PENGGUNA perlu bermain dengan pencahayaan untuk menghasilkan satu gambar yang berkualiti.

MOD Potrait sesuai untuk rakaman gambar individu berbusana sempena Aidilfitri.
MOD Potrait sesuai untuk rakaman gambar individu berbusana sempena Aidilfitri.

GUNAKAN teknik ‘Rule of Thirds’ untuk menghasilkan gambar berkualiti.
GUNAKAN teknik ‘Rule of Thirds’ untuk menghasilkan gambar berkualiti.

  Beliau berkata, untuk menggunakan teknik ini, pengguna perlu membayangkan untuk membahagikan pemandangan kepada pertiga secara mendatar dan menegak dan letakkan subjek di sepanjang garisan atau di persimpangan garisan.

  Seorang lagi jurufoto, Umar Naqshbandi berpandangan bahawa menggunakan mod atau tetapan lensa yang betul menerusi peranti iPhone pengguna adalah sangat penting dan pengguna perlu menerokai setiap tetapan berkenaan dengan kreatif.

  Menurutnya, dia lebih gemar merakam gambar secara 'candid' yang lebih bermakna daripada pose gambar biasa.

  "Merakam gambar dalam kumpulan yang besar sememangnya satu cabaran, namun, bagi saya, teknik yang betul adalah penting.

  "Saya selalu gunakan mod kamera sudut ultra lebar dengan tetapan lensa 0.5x dan menunggu masa yang sesuai untuk merakam sebarang momen penting.

  "Tips untuk merakam dengan mod ultra lebar adalah cuba ambil sudut lebih rendah untuk mendapatkan bingkai tangkapan," katanya. 

 Sementara itu, Annice Lyn berkata, dia lebih gemar merakam gambar menggunakan mod kamera Potrait sekali gus memberikan perspektif tersendiri untuk sesuatu gambar.

  "Untuk mengambil gambar yang baik, kita perlu seimbangkan daripada aspek teknikal dan artistik mengikut sudut pandang tersendiri supaya membolehkan magik itu berlaku.

  "Dalam aspek rakaman gambar, teknik 'Rule of Thirds' serta menghidupkan grid kamera adalah penting dan ia boleh dikatakan aspek asas untuk menghasilkan imej berkualiti serta memiliki elemen artistik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2023 @ 7:00 AM