Hanis Aliaa Hidzir

SETELAH sebulan menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadan, umat Islam bakal meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan dan kesyukuran sebagai tanda kemenangan.

Lebaran juga adalah kesempatan terbaik untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Dengan perkembangan teknologi, hubungan kekeluargaan bukan sahaja boleh dieratkan melalui sesi bermaaf-maafan di pagi Syawal mahupun menikmati juadah hari raya bersama.

Malah, aktiviti lain seperti bermain permainan realiti maya juga dapat memberikan pengalaman baru serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan apabila semua dapat berkumpul dan duduk bersama untuk bermain.

Erat ikatan kekeluargaan dengan PICO

PICO mengajak rakyat Malaysia memulakan 'Perjalanan ke Hati' bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan set kepala PICO di samping merebut pelbagai tawaran menarik dan permainan percuma sempena lebaran ini.

Promosi yang bermula dari 1 Mac hingga 30 April ini menawarkan pek permulaan percuma bernilai RM453.43 buat pelanggan yang membuat pembelian set kepala PICO 4 128GB (RM1,699) dan 256GB (RM1,899) untuk memulakan perjalanan realiti maya mereka.

Bagi yang meminati sukan, pengguna boleh merasai keseronokan permainan seperti Oh Shape dan All-in-One Sports VR, manakala pengguna yang sukakan genre aksi dan pengembaraan boleh menerokai permainan seperti Down the Rabbit Hole dan After the Fall.

Lebih menarik, PICO turut menawarkan kod penebusan yang mana pengguna boleh menebus dua permainan misteri percuma.

Sementara itu, pengguna juga boleh memulakan pengembaraan bersama rakan dan keluarga dalam dunia VR serba baharu menerusi permainan seperti Shores of Loci dan Puzzling Place.

Mulakan 'Perjalanan ke Hati' bersama keluarga sempena Aidilfitri ini dengan mendapatkan unit PICO 4 di kedai fizikal* atau secara dalam talian menerusi Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook PICO XR Malaysia atau singgah ke kedai fizikal di Sunway Pyramid.

*Sementara stok masih ada.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 8:09 PM