Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

 

Set desktop kelas prestasi kebiasaannya memerlukan papan induk yang menawarkan kestabilan khususnya untuk talaan kuasa yang lebih baik.

  Tidak semua papan induk menawarkan keupayaan berkenaan dan untuk itu, papan induk generasi MAG B760M Mortar WiFi yang menyokong soket pemproses Intel Generasi ke-13 tanpa sebarang masalah.

  Papan induk ini didatangkan dengan teknologi 'Core Boost' bersama enam lapisan PCS bersama tembaga khusus untuk memberikan kestabilan arus bersama jangka hayat perkakas lebih tahan lama.

  Bagi mengekalkan suhu paling optimum untuk papan induk ini, ia dilengkapi dengan sinki haba diperluaskan pada bahagian pemuka sambungan (IO Interface) serta tiga lagi di bahagian atas dan bawah.

  MAG B760M Mortar WiFi ini juga dilengkapi dengan M.2 Pelindung Frozr (Shield Frozr) untuk mengelakkan storan binaan berkenaan mengalami suhu tinggi sekali gus menjejaskan prestasi.

  Pengguna juga boleh melakukan talaan prestasi menerusi perisian terbina dan sebarang tetapan seperti kelajuan kipas, versi Bios dan sebagainya boleh diimbas menerusi perisian berkenaan.

  Mungkin ada dalam kalangan pengguna yang mahukan sistem penyejukan sendiri, papan induk ini turut dilengkapi dengan soket kipas pam.

  Mengikut trend terkini, pengguna boleh melakukan penyeragaman warga RGB menerusi perisian MSI Center.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2023 @ 9:59 PM