Berdasarkan takwim pelancaran peranti untuk Apple, bulan September adalah waktu penting untuk pelancaran generasi baharu peranti pintar ikonik mereka iaitu iPhone.
Berdasarkan satu laporan portal teknologi antarabangsa, semua generasi iPhone 15 yang bakal dilancarkan September depan akan didatangkan dengan 'Dynamic Island'.
Sebelum ini, tertiris lakaran CAD (perisian automasi grafik komputer) yang memperlihatkan rekaan semua variasi iPhone 15 tidak mempunyai takuk untuk FaceID.
Portal berkenaan memaparkan panel kaca pelindung untuk iPhone 15 yang tidak mempunyai takuk di bahagian atas sekali gus menguatkan khabar angin bahawa semua variasi iPhone 15 akan didatangkan dengan 'Dynamic Island'.
Selain penggunaan Dynamic Island pada semua model, iPhone baharu akan dilengkapi dengan pengecasan sambungan USB-C bagi memenuhi keperluan EU dan India.