Microsoft
Microsoft
Muhammad Saufi Hassan


Syarikat gergasi teknologi, Microsoft dijangka bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak ciri Kecerdasan Buatan (AI) khususnya untuk tujuan industri.

  Berdasarkan satu firma kajian menyatakan bahawa pemain industri dan orang awam semakin matang dalam pengetahuan teknologi AI sekali gus mendorong syarikat gergasi itu untuk memperbanyakkan ciri itu dalam kit sistem operasinya.

  Pada masa sama, Microsoft juga dilaporkan sudah melakukan kajian terhadap 2,700 pekerja dan 1,800 pembuat keputusan perniagaan di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Jepun baru-baru ini.

  Antara pertanyaan yang ditanya adalah mampukah teknologi baharu seperti AI membantu menyelesaikan tugasan rutin serta membuka peluang baharu.

  Purata kajian itu mendapati sembilan daripada 10 orang mahukan cara yang lebih mudah untuk optimasi tugasan harian sekali gus membolehkan tenaga kerja manusia memberi tumpuan kepada tugasan lebih kritikal.

  Berdasarkan Microsoft WorkLab menyatakan bahawa kajian itu menunjukkan pekerja mahukan alat digital yang lebih baik.

  Sebanyak 87 peratus daripada mereka percaya mengejar transformasi digital adalah lebih penting berbanding sebelum ini.   

  Lebih ramai responden juga berkata ia akan memberi manfaat daripada penyelesaian yang membolehkan mereka mengautomasikan tugasan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2023 @ 11:23 PM