Muhammad Saufi Hassan

 

Desktop kelas 'gaming' bukan saja untuk segala jenis genre permainan sebaliknya turut berkeupayaan untuk kefungsian prestasi.

  Desktop prestasi ini membawa maksud keupayaan untuk melakukan penyuntingan animasi, video resolusi tinggi dan segala jenis perisian berkaitan pemproses kompleks.

  Untuk itu, MSI menawarkan set desktop kelas permainan serta prestasi mereka iaitu daripada generasi MAG Infinite S3 12th yang menampilkan padanan variasi dua pemproses iaitu Intel Core i5-12400F dan Intel Core i7-12700F.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, desktop jenis ini didatangkan dengan Nvidia GeForce RTX 3060Ti Ventus bersama tetapan memori 8GB.

  Pengguna boleh melakukan pengubahsuaian spesifikasi mengikut bajet serta keperluan kepenggunaan tanpa sebarang masalah.

  Menerusi rekaan kerangka bagi MAG Infinite S3 12th ini, ia menambilkan inovasi jeriji di bahagian depan dengan tetapan penyeragaman warna RGB bersama logo naga yang sinonim dengan pengeluarnya iaitu MSI.

  Desktop ini didatangkan dengan sistem operasi Windows 11 dan pengguna yang mahukan prestasi lebih baik boleh memlih spesifikasi pemproses Intel Core i7 dengan talaan prestasi.

  Untuk tujuan keselamatan, desktop ini turut didatangkan dengan alat pengesan terbina iaitu 'Find With Tile' dan pengguna boleh melakukan penjejakan dengan mudah.

  Ujian prestasi untuk beberapa judul permainan juga amat mengagumkan khususnya untuk permainan 'Triple A' seperti Far Cry 5, Watch Dogs Legion dan Hitman 2.

  Bagi judul Far Cry 5, bacaan bingkai sesaat untuk resolusi 1440p adalah 120FPS manakala untuk 2160p adalah 90FPS secara stabil.

  Ini membuktikan bahawa padanan spesifikasi bagi desktop berkenaan sesuai untuk kelas permainan serta melaksanakan pemproses kompleks tanpa masalah.!

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2023 @ 11:19 PM