LOGO Twitter dipaparkan bersebelahan gambar Kanye West . FOTO AFP
LOGO Twitter dipaparkan bersebelahan gambar Kanye West . FOTO AFP
BERNAMA

Moscow: Twitter sekali lagi menyekat akaun Twitter penyanyi rap Kanye West kerana gagal mematuhi peraturan mengenai hasutan keganasan.

Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye dilaporkan memuat naik naik imej yang memaparkan simbol swastika Nazi, lapor Sputnik memetik Daily Mail.

"Saya telah cuba sedaya upaya. Namun, dia (Ye) sekali lagi melanggar peraturan kami mengenai hasutan keganasan... Akaun akan digantung," ciap pemilik Twitter Elon Musk

Pada Khamis, penyanyi itu membuat satu lagi kenyataan kontroversi menyatakan beliau suka kepada pemimpin Nazi Adolf Hitler dan menyayangi Nazi selepas tuduhan anti-Semitism terhadapnya baru-baru ini.

Pada Oktober, Twitter menyekat akaun Ye namun, sekatan ditarik balik sebelum Musk membeli Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2022 @ 3:56 PM