RPG Tower Of Fantasy.
RPG Tower Of Fantasy.
Affan Rostam


Kuala Lumpur: Level Infinite dan Hotta Studio mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan aksi terbuka dunia Role-Playing Game (RPG), Tower of Fantasy tidak lama lagi.

Pelancaran peringkat global akan diadakan pada pada suku ketiga tahun ini untuk PC dan juga peranti mudah alih serta tersedia dalam lapan bahasa iaitu bahasa Inggeris, Jepun, Jerman, Perancis, Sepanyol, Portugal, Thailand dan Indonesia.

Tower of Fantasy ialah RPG dunia terbuka dengan gaya seni berinspirasikan aksi anime yang bertenaga selain tetapan sains fiksyen yang mengujakan.

Selain itu, dunia permainan Tower of Fantasy ditetapkan beratus tahun pada masa hadapan dan jauh di planet Aida.

Pemain dari seluruh dunia berpeluang menyertai aksi yang mendebarkan itu pada suku ketiga tahun ini. Pendaftaran kini dibuka buat seluruh peminat. Untuk pra-pendaftaran pelancaran global Tower of Fantasy boleh dibuat di https://www.toweroffantasy-global.com/ dan berpotensi memenangi beberapa hadiah istimewa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2022 @ 12:23 PM