MASALAH ketirisan data dalam kalangan pengguna sudah menjadi isu yang serius pada hari ini memandangkan ia banyak terkait dengan akaun institusi sesebuah perbankan termasuk penyamaran identiti oleh individu tidak bertanggungjawab.
MASALAH ketirisan data dalam kalangan pengguna sudah menjadi isu yang serius pada hari ini memandangkan ia banyak terkait dengan akaun institusi sesebuah perbankan termasuk penyamaran identiti oleh individu tidak bertanggungjawab.
Muhammad Saufi Hassan


Masalah ketirisan data dalam kalangan pengguna sudah menjadi isu yang serius pada hari ini memandangkan ia banyak terkait dengan akaun institusi sesebuah perbankan termasuk penyamaran identiti oleh individu tidak bertanggungjawab.

Matlamatnya hanya satu iaitu meraih keuntungan dengan cara paling mudah termasuk menjual data peribadi pengguna kepada pihak ketiga untuk digunakan bagi tujuan tertentu.

Nama penuh, nombor kad pengenalan serta telefon bimbit, alamat rumah dan emel adalah 'kekunci' kepada penggodam untuk memanipulasi sebarang kata laluan membabitkan pengguna.

Lima elemen maklumat berkenaan sering digunakan oleh pengguna untuk membina suatu kata laluan sekali gus memudahkan penggodam untuk melakukan eksploitasi terutamanya membabitkan akaun institusi perbankan.

Kebanyakan pengguna akan membina kata kunci keselamatan atau 'password' berasaskan kepada lima maklumat berkenaan.

Ini umpama psikologi seorang manusia, seseorang individu akan lebih cenderung untuk membina kata laluan yang mudah diingati jadi kita akan bina daripada maklumat sekeliling kita.

Contohnya, empat angkat terakhir nombor kad pengenalan adalah '0000' dan alamat emel turut menggunakan angka berkenaan, jadi kemungkinan untuk kata laluan dibina berasaskan kepada nombor itu juga adalah besar.

Mungkin bagi sesetengah orang lima maklumat berkenaan sebagai maklumat biasa yang diberikan kepada umum namun langkah berjaga-jaga perlu diambil terutamanya kepada pengguna yang sangat gemar menggunakan maklumat sekeliling untuk kata laluan mereka.

MATLAMATNYA hanya satu iaitu meraih keuntungan dengan cara paling mudah termasuk menjual data peribadi pengguna kepada pihak ketiga untuk digunakan bagi tujuan tertentu.
MATLAMATNYA hanya satu iaitu meraih keuntungan dengan cara paling mudah termasuk menjual data peribadi pengguna kepada pihak ketiga untuk digunakan bagi tujuan tertentu.

Wujud beberapa kes pencerobohan akaun terutamanya berkaitan institusi kewangan berlaku apabila kelima-lima maklumat berkenaan diketahui secara umum.

Pengguna seharusnya membina kata laluan dengan 'identifikasi unik' serta sentiasa berwaspada dengan sebarang panggilan telefon mencurigakan.

Ketua Perlindungan Data Digi Telecommunications Sdn Bhd, Kulani Geeta Kulasingam berkata, pengguna boleh melindungi maklumat peribadi mereka dengan sentiasa berwaspada terhadap kelakuan serta akses mereka di Internet.

"Konsumer perlu memahami keperluan asas dalam ruang siber dan tidak sewenang-wenangnya memuat turun sebarang fail kerana bimbang ia mengandungi perisian hasad yang direka untuk menjejaki setiap data pengguna.

"Kelakuan di media sosial juga perlu lebih berhati-hati seperti tidak memuatnaik sebarang bentuk maklumat yang mendedahkan kepada identiti kita sendiri.

"Sebagai contoh, kita memuatnaik suatu kiriman seperti alamat rumah, tempat kerja, lokasi sekolah atau sebagainya akan memungkinkan individu lain menyamar sebagai pengguna," katanya.

KEBANYAKAN pengguna akan membina kata kunci keselamatan atau 'password' berasaskan kepada lima maklumat berkenaan.
KEBANYAKAN pengguna akan membina kata kunci keselamatan atau 'password' berasaskan kepada lima maklumat berkenaan.

Kulani berkata, kaedah terbaik yang boleh dilaksanakan menerusi media sosial adalah menukar tetapan maklumat peribadi kepada senarai rakan yang dipercayai saja.

Beliau berkata, jika pengguna menyedari maklumat mereka tertiris, mereka perlu menghubungi institusi kewangan atau menukar semua akaun yang mempunyai kata laluan hampir sama.

"Ini adalah kaedah untuk mengelakkan penipuan identiti di ruang siber dan pengguna juga boleh mengaktifkan kata laluan dua faktor sebagai langkah keselamatan.

"Orang ramai pada hari ini sudah semakin celik tentang isu data peribadi ini dan kita akan meneruskan pendidikan terutamanya berhubung penjagaan data selamat.

"Pengguna perlu didedahkan dengan kelakuan selamat ketika berada di ruang siber sekali gus mengurangkan risiko menjadi mangsa pencerobohan siber," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 7:00 AM