Muhammad Saufi Hassan


Syarikat gergasi elektronik, LG mengumumkan pencapaian suku pertama tahun ini dengan pendapatan kira-kira RM77 bilion.

  Ia adalah rekod pendapatan tertinggi yang diperoleh syarikat gergasi berkenaan dalam sejarah.

  Syarikat itu juga menyatakan bahawa keuntungan operasi dicatatkan RM6.8 bilion dipengaruhi secara positif oleh pendapatan royalti, sebahagiannya diimbangi oleh kos penstrukturan semula tenaga kerja.

  Berbanding suku pertama tahun lalu, perolehan berkembang sebanyak 18.5 peratus  dan ia memberi gambaran permintaan yang tinggi khususnya untuk perkakas rumah keluaran LG.

  Untuk segmen perkakas rumah dan penyelesaian udara, LG merekodkan jualan suku pertama kira-kira RM29 bilion, manakala untuk perkakas hiburan, ia merekodkan kira-kira RM686 juta jualan didorong oleh permintaan yang tinggi untuk barisan televisyen menggunakan paparan OLED.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2022 @ 7:50 PM