Muhammad Saufi Hassan

 

Pengeluar sistem audio terkemuka, Sonos mengumumkan pra tempahan untuk pembesar suara teater terbaru mereka iaitu Sonos Ray untuk pasaran tempatan.

  Sebagai jenama premium untuk sistem audio, Sonos memperkenalkan produk baharu mereka dengan padanan teknologi terkini sesuai untuk keperluan pengguna hari ini.

  Menerusi Sonos Ray ini, ia menampilkan bar bunyi atau 'Soundbar' yang padat dengan bunyi mengagumkan untuk ruang yang lebih kecil.

  Ketua Pegawai Eksekutif Sonis, Patrick Spence berkata, rumah kini menjadi teater filem, studio senaman, hab permainan (gaming hub) dan banyak lagi dan Sonos Ray ini mampu untuk memenuhi segenap keperluan pengguna.

  "Sonos Ray ini menjadikan lebih mudah untuk meningkatkan pengalaman mendengar kerana mampu memberi bunyi yang mengagumkan walaupun dengan saiz yang kecil," katanya ketika pengenalan Sonos Ray, baru-baru ini.

  Menyentuh tentang Sonos Ray, ia adalah inovasi akustik baru yang menyampaikan bunyi seimbang, dialog yang sedar dan penghasilan bass yang lebih padat.

  Paling mengagumkan adalah Sonos Ray ini turut dilengkapi dengan peningkatan kualiti dialog atau 'speech enhancement' supaya taburan bunyi lebih seimbang sama ada untuk frekuensi rendah, pertengahan atau tinggi.

  Tanda harga untuk Sonos Ray adalah RM1,799 dan pra tempahan bagi model ini boleh dibuat menerusi trysonos.my bermula 14 Mei ini.

  Pengguna tempatan juga boleh melakukan pembelian menerusi rakan niaga rasmi Sonos iaitu Harvey Norman dan Lazada Malaysia bermula 24 Jun.

 

 

#kw Soundbar, Sonos

 

 

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2022 @ 7:46 PM