MEG Z690 Ace
MEG Z690 Ace
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


 

Sesuai dengan pelancaran cip pemproses generasi baharu Intel daripada kod nama 'Alder Lake', MSI turut melancarkan papan induk yang menyokong keupayaan pemproses berkenaan.

  Menerusi siri kelas premiumnya, MSI memperkenalkan MEG Z690 Ace yang dilengkapi dengan pelbagai kefungsian terkini bersama-sama sokongan kuasa terperingkat untuk kestabilan ketika talaan prestasi dibuat.

  Menerusi siri papan induk berkenaan, ia menyokong rekaan teknologi baharu sistem memori (RAM) daripada generasi DDR5 bersama kelajuan sehinggan 8670Mhz.

  Papan induk berkenaan juga berkeupayaan untuk melaksanakan talaan prestasi oleh pengguna tanpa sebarang masalah malah berkeupayaan untuk pengubahsuaian tahap tinggi.

  Selain itu, MSI MEG Z690 Ace ini turut didatangkan dengan lapan lapisan gred pelayan PCB untuk ketahanan jangka panjang di samping kepenggunaan paling optimum.

  Perkakas itu juga didatangkan dengan generasi kelima PCI-e sekali gus menawarkan keupayaan 'bandwidth' lebih besar iaitu dua kali ganda daripada generasi terdahulu.

  Pada masa sama, ia dilengkapi dengan pelindung dua muka M.2 hasil teknologi penyejukan Frozr bersama-sama dengan rekaan paip haba untuk mengekalkan suhu pada paras paling minimum.

  Untuk pengguna yang mahukan kuasa teknologi terkini, MEG Z690 Ace menggunakan sistem memori (RAM) DDR5 dengan penawaran kelajuan 6666MHz tanpa sebarang masalah.

  Sesuai dengan keupayaan cip pemproses terbaharu daripada Intel Core Generasi Ke-12, papan induk ini sememangnya menawarkan prestasi paling optimum malah terbaik dalam kelasnya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 9:52 PM