Sambungan internet yang pantas dan stabil memberi keseronokan kepada pengguna. - Gambar hiasan
Sambungan internet yang pantas dan stabil memberi keseronokan kepada pengguna. - Gambar hiasan
Muhamad Shaifullah Tayep

PENGALAMAN melayari internet berkualiti tinggi dan tanpa gangguan sememangnya idaman semua.

Lebih-lebih lagi ketika menstrim atau menghadiri persidangan video, pastinya sambungan internet yang kuat diperlukan bagi memastikan komunikasi berjalan lancar.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada Mac 2020, penggunaan rangkaian data dilihat meningkat daripada 14.5GB pada suku tahun pertama kepada 21.4GB pada suku tahun kedua untuk setiap pengguna.

Biarpun terdapat peningkatan dalam penggunaan data setiap suku tahun, syarikat telekomunikasi Digi kekal berada sebagai penyedia rangkaian nombor satu berturut-turut dan memenuhi permintaan dalam menyediakan sambungan digital berkualiti yang konsisten buat semua pelanggannya sejak 2020.

Justeru, tidak hairanlah Digi dianugerahkan rangkaian mudah alih terpantas dan paling konsisten oleh pelbagai rangkaian bebas pihak ketiga.

Muat turun, pengalaman video terbaik

Berdasarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih yang dikeluarkan peneraju analisis mudah alih Laporan Individu pada September 2021, Digi kekal sebagai pemenang Pengalaman Kelajuan Muat Turun untuk laporan kedua berturut-turut.

Laporan itu juga menunjukkan Digi memenangi Pengalaman Video di lapan negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu.

Laporan Individu menetapkan kayu ukur pengalaman video kualiti penstriman video dengan menilai aliran video dunia nyata menggunakan ujian penstriman video khusus bagi mencerminkan pengalaman sebenar pengguna melalui operator rangkaian mudah alih.

Ia mengambil kira kualiti gambar dan masa memuat video lalu menggabungkan nilai ini menggunakan pendekatan berasaskan ITU untuk mencerminkan pengalaman video yang dirasakan seperti yang dilaporkan oleh orang sebenar.

Rangkaian mudah alih terpantas

Pengendali ujian kelajuan jalur lebar global, Ookla pula menyenaraikan Digi sebagai rangkaian mudah alih terpantas nombor satu di antara penyedia terunggul di negara ini pada suku tahun kedua 2021.

Digi turut memenangi Anugerah Ujian Kelajuan Malaysia untuk rangkaian mudah alih pada suku tahun ketiga dan keempat 2020 dengan catatan Skor Kelajuan sebanyak 29.36, purata kelajuan muat turun dan muat naik sebanyak 29.59Mbps dan 11.75Mbps.

Ookla menjalankan ujian kepada 5,688,095 pengguna dengan 767,941 peranti unik daripada semua penyedia rangkaian mudah alih menggunakan aplikasi Speedtest di platform Android dan iOs bagi menentukan kelajuan rangkaian mudah alih terpantas.

Skor Kelajuan menggabungkan ukuran kelajuan muat turun dan muat naik setiap penyedia untuk menilai prestasi rangkaian menggunakan trimean yang diubah untuk menunjukkan kelajuan muat turun dan muat naik daripada semua penyedia rangkaian.

Digi turut mempunyai Skor Konsistensi tertinggi sebanyak 85.9 peratus dan 88.67 peratus pada suku tahun pertama-kedua dan ketiga-keempat 2020 dengan keputusan menunjukkan sekurang-kurangnya kelajuan muat turun minimum 5 Mbps dan kelajuan muat naik minimum 1 Mbps.

Pengiktirafan ini bukan sahaja memberi makna yang besar buat Digi tetapi membuktikan usaha syarikat telekomunikasi berkenaan untuk menaiktaraf rangkaian bagi menambahbaik pengalaman menstrim atau menghadiri persidangan video berhasil.

Di samping itu, semua peringkat usia termasuklah belia dan pelajar juga dapat memanfaatkan sambungan rangkaian terbaik ini dalam kehidupan seharian seperti pembelajaran dan hidup bersosial.

Ini terbukti apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memaklumkan, aliran trafik internet seluruh negara meningkat sebanyak 23.5 peratus pada minggu pertama PKP, serta 8.6 peratus pada minggu kedua.

Jelasnya, peningkatan penggunaan data itu menyebabkan kesesakan dalam aliran trafik internet, sekali gus menyebabkan penurunan kadar kelajuan muat turun.

Pastikan Digi adalah pilihan rangkaian utama anda dan kunjungi pusat jualan Digi berhampiran atau layari laman web Digi untuk bertukar kepada Digi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 10:40 AM