Muhammad Saufi Hassan

 

Kuala Lumpur: Pengeluar perkakas kelas prestasi, MSI melancarkan kempen 'Test Drive' untuk dua produk kelas profesional mereka iaitu barisan produk skrin paparan 'pro' dan desktop mereka.

  Kempen percubaan itu bermula pada 21 November lalu sehingga suku pertama tahun depan antara lain meletakkan objektif untuk memberikan pandang pertama kepada pengguna sebelum pembelian.

  Ia juga adalah kempen pertama yang menggunakan pendekatan berkenaan dan pengguna yang berminat boleh melakukan pendaftaran untuk kempen percubaan itu.

  MSI akan menghantar produk percubaan berkenaan kepada pengguna untuk merasi sendiri pengalaman penggunaan sebelum membeli produk berkenaan.

  Tempoh percubaan yang diberikan adalah 10 hari dan sepanjang tempoh berkenaan, pengguna boleh menguji keupayaan produk berkenaan sesuai dengan tugasan rutin yang diperlukan.

  Pengguna yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari pautan https://my.msi.com/Promotion/Test-Drive-MSI-2021 dan mendapatkan gambaran kempen berkenaan.

  Bagi kempen berkenaan, MSI menawarkan percubaan untuk desktop mini daripada siri Pro DP20Z dan skrin Modern MD271P yang menawarkan pelbagai kefungsian terkini sesuai untuk memenuhi tugasan rutin.

  Kempen #MSIProDesktop serta #TestDriveMSI itu akan memberi ruang kepada pengguna untuk merasai sendiri keupayaan produk berkenaan sebelum sebarang pembelian dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 10:16 AM