Muhammad Saufi Hassan


Segmen pengguna desktop hari ini semakin berkembang terutamanya ketika era 'Bekerja Dari Rumah' sehinggakan semua tugasan rutin serta kompleks memerlukan perkakas yang berkuasa.

  Untuk itu, MSI tampil memanfaatkan keadaan berkenaan dengan penawaran set desktop mereka iaitu MPG Trident AS yang dikuasanakan dengan pemproses Intel Core i7 Generasi Ke-11 bersama-sama padanan cip B560.

  Set desktop berkenaan bukan saja mampu untuk melancarkan sebarang genre permainan malah tugasan kompleks seperti sintesis video atau animasi boleh dilaksanakan dengan baik.

  Pengguna boleh melakukan konfigurasi perkakas mengikut bajet dan padanan memori (RAM) pula dibuat sehingga sokongan 64GB dengan frekuensi 3200MHz manakala kad grafik adalah daripada siri MSI GeForce RTX 3070 Ventus 8GB atau pengguna boleh membuat konfigurasi kad prestasi tinggi yang lain.

  Set desktop ini dilengkapi dengan sokongan audio 7.1 HD Audio Realtek ALC897 serta menyokong tetapan Internet tanpa wayar (WiFi) 6E untuk kestabilan kelajuan.

  Biarpun menggunakan saiz kecil untuk kerangka, namun tahap pengudaraan set ini adalah antara yang terbaik berada di pasaran.

  Kerangka kecil berkenaan menjimatkan ruang reka letak set desktop pengguna tanpa mengabaikan aspek prestasi dan pastinya ia boleh melancarkan sebarang perisikan prestasi sehingga kepada pengalaman permainan yang baik.

  Pengguna yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari pautan https://msi.gm/3jrYzsN untuk spesifikasi serta konfigurasi mengikut kesesuaian tugasan rutin harian.

 

Spesifikasi

Pemproses: Konfigurasi boleh dibuat bermula Intel Core i7 Generasi ke-11

RAM: Dua slot dan sokongan sehingga 64GB

Storan: Menyokong sistem storan M.2

Kad grafik: MSI GeForce RTX 3070 Ventus ke atas

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 11:37 PM