SETIAP data tersimpan baik berbentuk gambar, fail atau dokumen boleh diakses di mana jua.
SETIAP data tersimpan baik berbentuk gambar, fail atau dokumen boleh diakses di mana jua.
TIDAK banyak ekosistem pintar yang menawarkan penyeragaman langsung atau masa nyata antara peranti tanpa perlu menekan butang simpan dan sebagainya.
TIDAK banyak ekosistem pintar yang menawarkan penyeragaman langsung atau masa nyata antara peranti tanpa perlu menekan butang simpan dan sebagainya.
Muhammad Saufi Hassan


Ekosistem yang ditawarkan oleh sesebuah peranti atau jenama sebenarnya banyak mempengaruhi keputusan pengguna untuk membeli atau tidak.

Mungkin beberapa tahun lalu ekosistem yang ditawarkan tidak begitu penting, namun dengan kemajuan sistem storan awanan (clouds) dan kepelbagaian tugasan rentas peranti amat memudahkan pengguna.

Jika menyentuh aspek bahasa atau definisi ekosistem secara umumnya, ekosistem adalah sistem lingkungan hidup semula jadi yang terbentuk sebagai hasil daripada tindakan yang menyaling antara benda hidup dengan persekitarannya dan jika dilihat secara imbasan, ekosistem terpakai kepada benda hidup saja atau 'living things'.

Namun, kemajuan teknologi hari ini turut menuntut kepada keperluan ekosistem alaf baharu apabila setiap peranti berinteraksi dengan peranti lain tanpa memerlukan pengguna melakukan tugasan konvensional seperti 'copy and paste', sebaliknya semua tersimpan dalam satu ekosistem pintar saja.

Bayangkan jika seorang individu memiliki telefon pintar, tablet dan laptop yang setiap satunya mengandungi maklumat penting sama ada untuk tugasan rutin di pejabat atau sebagainya.

Pasti untuk membawa ketiga-tiga peranti sekali gus membebankan dan jika salah satu peranti itu tertinggal akan merencatkan tugasan harian individu berkenaan.

EKOSISTEM pintar menjadi syarat utama buat pengguna hari ini memandangkan mereka mempunyai lebih daripada satu peranti.
EKOSISTEM pintar menjadi syarat utama buat pengguna hari ini memandangkan mereka mempunyai lebih daripada satu peranti.

Setiap pengeluar peranti pintar hari ini menawarkan ekosistem mereka masing-masing, namun masih wujud 'kekosongan' apabila menyentuh aspek interaksi antara peranti.

Itu adalah kelebihan yang dimilik syarikat pengeluar peranti pintar gergasi, Apple apabila memiliki kelebihan terutama menyentuh kefungsian ekosistem pintar termasuk interaksi antara peranti.

Jika individu A melakukan tugasan di tablet dan dia tertinggal tabletnya untuk pembentangan penting, dia masih boleh mengakses maklumat sama menerusi laptop iaitu MacBook miliknya atau iPhone kepunyaannya.

Penyeragaman data pengguna juga adalah bersifat langsung atau 'simultaneously' tanpa perlu pengguna menekan butang 'sync' atau simpan di semua peranti sebaliknya semua penyeragaman itu dilakukan oleh ekosistem pintar berkenaan.

Untuk semua peranti Apple, tidak mengira iPad sehingga kepada iMac, penyeragaman itu dibuat secara langsung asalkan menggunakan identiti awanan yang sama setiap peranti berkenaan.

Itu juga adalah daya penguat mengapa individu yang memiliki lebih daripada satu peranti Apple pastinya akan mencari peranti lain yang turut dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

PERANTI berinteraksi dengan peranti lain tanpa perlu pengguna buat tugasan konvensional.
PERANTI berinteraksi dengan peranti lain tanpa perlu pengguna buat tugasan konvensional.

Faktor penawaran ekosistem pintar berkenaan sangat memberi kelebihan buat pengguna tanpa perlu 'pening' memikirkan kaedah untuk menyimpanan data penting.

Jika dibandingkan penawaran ekosistem lain adalah sangat berbeza kerana wujud sesetengah ekosistem yang memerlukan pengguna menekan butang simpan di awanan atau penyeragaman awanan.

Setiap data yang tersimpan baik berbentuk gambar, fail, dokumen dan sebagainya boleh diakses di mana jua tidak mengira peranti, sekali gus memudahkan kehidupan harian.

Jika berlaku satu senario paling tidak diingini iaitu peranti yang menyimpan dokumen penting tertinggal ketika saat kritikal seperti pembentangan, fail sama masih boleh diakses menerusi telefon pintar atau semua bentuk peranti lain yang ditawarkan Apple.

KEUPAYAAN sistem storan awanan membolehkan ekosistem pintar ini beroperasi dengan lebih baik.
KEUPAYAAN sistem storan awanan membolehkan ekosistem pintar ini beroperasi dengan lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 September 2021 @ 6:20 AM