SAMSUNG Galaxy Z Flip3 5G. FOTO AFP/SAMSUNG
SAMSUNG Galaxy Z Flip3 5G. FOTO AFP/SAMSUNG
Muhammad Saufi Hassan


Samsung memperkenalkan generasi baharu peranti boleh lipat mereka iaitu daripada Samsung Galaxy Z Fold3 5G sekali gus menjadi siri ketiga untuk model berkenaan sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lalu.

  Menyentuh aspek spesifikasinya, Galaxy Z Fold3 5G berkenaan didatangkan dengan skrin bersaiz 6.2 inci dengan paparan AMOLED Definisi Penuh Dipertingkatkan (HD+).

  Peranti berkenaan didatangkan dengan pemproses kelas mercu keluaran Qualcomm Snapdragon 888 bersama padanan memori (RAM) 12GB serta storan sehingga 512GB.

  Untuk kapasiti bateri pula, ia didatangkan dengan keupayaan 4400mAh sekali gus memastikan peranti mempunyai bekalan kuasa sepanjang hari dengan penggunaan paling optimum.

  Peranti pintar boleh lipat ini menggunakan tetapan tiga lensa dengan keupayaan sensor bagi kesemua lensa 12 megapiksel (MP) berlainan fungsi.

  Samsung menggunakan padanan ketahanan skrin Gorilla Glass Victus untuk menjamin ketahanan peranti berkenaan bagi sebarang persekitaran.

  Pada masa sama, Samsung turut melancarkan Galaxy Z Flip3 5G yang turut menggunakan pemproses sama dengan Galaxy Z Fold3.

  Peranti ini menggunakan tetapan dua lensa berkeupayaan 12MP setiap satu sensor dengan sudut lebar serta ultra lebar.

  Panel luaran peranti ini menggunaklan skrin bersaiz 1.9 inci dengan penggunaan panel AMOLED.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 11:47 PM