APPLE iMac 24 inci versi 2021 direka bukan saja untuk golongan profesional tetapi untuk semua lapisan pengguna.
APPLE iMac 24 inci versi 2021 direka bukan saja untuk golongan profesional tetapi untuk semua lapisan pengguna.
Muhammad Saufi Hassan


TEMPOH pandemik ini sememangnya agak mencabar untuk semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan tugasan rutin harian mereka.

Malah, sebuah keluarga ada yang menggunakan pelbagai jenis peranti untuk menyesuaikan keperluan tugasan masing-masing sekali gus meningkatkan kos mikro seperti pembelian peranti baharu, bekalan kuasa dan sebagainya.

Contohnya, seorang ayah memerlukan sebuah peranti untuk mesyuarat rutin sidang video, isterinya memerlukan peranti untuk tugasan menaip manakala anak pasangan ini perlukan peranti berkuasa untuk tugasan sintesis video serta animasi.

Berdasarkan senario umum sebuah keluarga berkenaan, mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga peranti setiap seorang sedangkan sebenarnya hanya satu peranti saja sudah mencukupi jika mereka bijak melakukan pilihan.

Penulis ingin mencadangkan sebuah peranti berkuasa yang mampu untuk melaksanakan semua tugasan berdasarkan contoh berkenaan tanpa sebarang masalah.

iMac versi 2021 menawarkan tujuh warna vibran untuk pengguna.
iMac versi 2021 menawarkan tujuh warna vibran untuk pengguna.

Bermula daripada tugasan ringan seperti menaip sehingga kepada operasi kompleks sintesis video, peranti baharu keluaran syarikat gergasi teknologi, Apple iaitu iMac versi 2021 mampu untuk melaksanakan semua rutin harian berkenaan.

Jika ada yang beranggapan bahawa peranti iMac hanya untuk pengguna 'pro', iatu satu tanggapan yang sangat salah memandangkan iMac versi 2021 ini mampu untuk dioperasikan dalam segenap keadaan.

Reka fizikal yang menawarkan pilihan warna, perkakas aksesori secara tanpa wayar bersama-sama ciri bentuk elegan, iMac 2021 ini mampu untuk dimuatkan di segenap sudut.

Jika anda pengguna 'minimalist', iMac 2021 ini pastinya memenuhi keperluan semasa tidak kurang juga untuk pengguna normal kerana Apple mencipta iMac 2021 ini untuk semua lapisan pengguna.

Mengambil contoh situasi keluarga berkenaan, si ayah boleh menggunakan iMac 2021 untuk sidang video dengan penawaran kualiti 1080p Definisi Tinggi (HD) serta kualiti mikrofon gred studio bersama-sama enam pembesar suara, si ibu boleh menggunakan tugasan menaip atau melayari pelayar tanpa sebarang masalah.

Begitu juga dengan si anak yang mahu melakukan sintesis video atau animasi, pastinya iMac 2021 dilengkapi dengan cip termaju Apple M1 mampu untuk melaksanakan tanpa sebarang masalah.

Penulis tidak perlu menerangkan aspek prestasinya sebaliknya iMac 2021 adalah sebuah peranti untuk semua dan peranti berkuasa ini bukan saja

IA adalah peranti untuk seisi keluarga kerana mampu untuk melancarkan pelbagai jenis tugasan.
IA adalah peranti untuk seisi keluarga kerana mampu untuk melancarkan pelbagai jenis tugasan.

direka untuk tugasan kompleks, sebaliknya mampu untuk setiap pengguna berlainan latar belakang.

Secara keseluruhannya, iMac 2021 ini adalah satu peranti untuk seisi keluarga dan setiap lapisan pengguna boleh mengoperasikan iMac ini tanpa sebarang masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 6:21 AM