Papan kekunci Magic dengan TouchID.
Papan kekunci Magic dengan TouchID.
Oleh Muhammad Saufi Hassan

 

Pengguna produk Apple khususnya daripada barisan produk Mac boleh melakukan pembelian berasingan untuk aksesori 'Magic' bermula hari ini.

  Ia terdiri daripada papan kekunci Magic dengan TouchID, tetikus Magic dan pad penjejak Magic.

  Bagaimanapun, untuk papan kekunci Magic dengan TouchID, ia hanya mampu beroperasi untuk pemproses M1 sahaja.

  Semua tiga model papan kekunci Magic berkenaan turut dilengkapi dengan ciri kekunci Spotlight, Dictation, Do Not Disturb dan Emoji.

  Bagi pengguna yang mungkin tidak biasa dengan ekosistem aksesori Magic keluaran Apple, ia adalah perkakas tanpa wayar dan didatangkan dengan kabel USB jenis C kepada sambungan Lightning untuk disambung kepada Mac.

  Kabel berkenaan menampilkan rekaan paling premium apabila permukaan wayar dilengkapi dengan jalinan atau 'woven' untuk memberi ketahanan maksimum.

  Semua perkakas Magic boleh dicas menerusi kabel berkenaan dan jangka hayat bateri adalah sangat tinggi serta mampu bertahan selama sebulan menerusi penggunaan paling optimum.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 4:29 PM