Muhammad Saufi Hassan

 

 

Kuala Lumpur: Sudah menjadi trend pengguna hari ini memilih setiap perkakas kelengkapan mereka atau 'peripherals' daripada jenama yang sama termasuk keupayaan penyeragaman lampu RGB.

  Untuk itu, MSI memiliki semua profil kelengkapan berkenaan bermula daripada tetikus kelas permainan sehingga kepada pad tetikus magnetik yang selesa untuk pergelangan tangan pengguna.

  Bagi papan kekunci, pengguna boleh memilih untuk menggunakan Vigor GK50 US Low Profile atau Vigor GK30 CR US yang turut dilengkapi dengan pemuka mekanikal untuk ketahanan.

  Tetikus kelas permainan Clutch GM20 Elite pula sesuai untuk semua genre permainan terutamanya penembak pertama (FPS) memandangkan kejituan sistem laser petunjuk tetikus berkenaan.

  Selain itu, set fon kepala Immerse GH50 juga boleh digunakan sekali gus memberi frekuensi bunyi pelbagai dan memberi pengalaman permainan lebih baik kepada pengguna.

  Untuk pad tetikus pula, MSI mempunyai Agility GD60 RGB yang menggunakan permukaan getah di bahagian bawah untuk cengkaman manakala permukaan atas yang selesa untuk pengguna.

  Semua perkakas berkenaan boleh melakukan talaan pencahayaan RGB menerusi perisian rasmi MSI iaitu Mystic Light dan tetapan boleh dibuat dengan mudah.

  Perkakas kelengkapan keluaran MSI sememangnya sesuai untuk semua jenis permainan dan tidak hairanlah ia menjadi pilihan pengguna yang mengutamakan kualiti prestasinya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 10:19 PM