KANAK-kanak kita lebih dekat dengan landskap pendidikan baharu dan tidak hanya bergantung kepada pensil dan kertas saja .
KANAK-kanak kita lebih dekat dengan landskap pendidikan baharu dan tidak hanya bergantung kepada pensil dan kertas saja .
Muhammad Saufi Hassan


TEMPOH Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ini sememangnya mencabar terutama buat ibu bapa bekerjaya dalam membahagikan masa untuk untuk bersama anak-anak serta tugasan hakiki.

Cabaran berkenaan juga bukan saja untuk ibu bapa, malah tidak dinafikan ada dalam kalangan kanak-kanak sudah agak 'bosan' dengan situasi berkenaan.

Sebenarnya pelbagai usaha atau pendekatan menerusi pembelajaran interaktif boleh dilakukan untuk memberi nafas baru sekali gus menarik minat anak-anak.

Pembelajaran di rumah ini tidak semestinya perlu bersifat 'konvensional' tetapi ibu bapa boleh mengambil pendekatan interaktif dengan menggunakan pelbagai aplikasi pembelajaran.

Syarikat teknologi terkemuka, Apple sentiasa mengutamakan pengisian pendidikan untuk penggunanya terutama peranti iPad memandangkan ia antara peranti yang dekat dengan kanak-kanak pada hari ini.

Menerusi peranti iPad, ia adalah tablet yang mampu untuk memberi pengalaman baharu dalam aspek pendidikan terutamanya berbentuk interaktif sesuai dengan perkembangan kanak-kanak pada hari ini.

Bagi keluarga yang memiliki peranti iPad keluaran Apple contohnya, terdapat puluhan aplikasi interaktif untuk anak-anak selain daripada melakukan pemantauan terhadap 'masa bersama skrin' (Screentime) mereka.

Biarpun tiada petunjuk khusus untuk mengehadkan masa bersama skrin, tetapi ibu bapa perlu lebih pintar untuk melihat corak serta 'trend' penggunaan iPad anak-anak mereka sama ada banyak terluang untuk aplikasi pendidikan atau

lebih kepada permainan atau hiburan.

PENGGUNAKAN alat bantu ini mampu untuk memberi gambaran sebenar terhadap sesuatu topik yang dipelajari sekali gus memberi pemahaman yang lebih baik.
PENGGUNAKAN alat bantu ini mampu untuk memberi gambaran sebenar terhadap sesuatu topik yang dipelajari sekali gus memberi pemahaman yang lebih baik.

Era moden ini juga memerlukan ibu bapa tidak hanya menggunakan pendekatan konvensional iaitu pensil dan kertas semata-mata sebaliknya pembelajaran interaktif pastinya memberi dimensi yang baharu.

Anak-anak hari ini lebih terdedah dengan dunia interaktif dan pastinya mereka lebih berminat dengan bentuk pembelajaran yang baharu.

Sebagai contoh, aplikasi AR Makr memberi kebebasan kepada pengguna untuk mencipta 'Augmented Reality' (AR) sendiri bermula daripada lakaran, imbasan sehingga kepada animasi yang dikehendaki oleh pengguna.

Aplikasi itu juga berupaya untuk untuk melakukan imbasan objek 2 Dimensi (2D) kepada 3D sekali gus memberi pengalaman pembelajaran baharu kepada kanak-kanak.

Untuk contoh pembelajaran adalah ketika ibu bapa atau guru memberi menerangan berhubung bagaimana konsep bumi mengelilingi matahari dan seluruh planet yang bergerak dalam paksi masing-masing.

Pembelajaran itu dapat dilaksanakan secara interaktif menggunakan aplikasi berkenaan sekali gus kanak-kanak dapat melihat secara visual tentang sesuatu topik.

Peranti pintar yang dimiliki sebenarnya memiliki pelbagai kelebihan daripada aspek pendidikan atau pembelajaran kerana terdapat ratusan aplikasi bermotifkan pengajaran boleh dimuat turun.

PENGGUNAAN aplikasi baharu mampu untuk memberi nilai tambah kepada pembelajaran yang lebih interaktif.
PENGGUNAAN aplikasi baharu mampu untuk memberi nilai tambah kepada pembelajaran yang lebih interaktif.

Kanak-kanak hari ini lebih selesa dengan landskap pendidikan yang baharu namun tidak bermaksud meninggalkan pensil serta kertas cuma pembelajaran perlu melalui nilai tambah.

Situasi PdPR ini sememangnya sangat mencabar kerana kebanyakan murid atau pelajar tidak berada dalam lingkungan pembelajaran realiti sebaliknya secara maya.

Penggunaan peranti pintar seperti iPad ini mampu untuk memberi nilai tambah kepada landskap baharu pembelajaran yang lebih menarik serta interaktif untuk menarik minat semua peringkat pelajar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Julai 2021 @ 7:00 AM